fb fb fb fb fb

Banjir di Perak: PPS ditutup, penduduk terjejas dibenarkan pulang

TELUK INTAN, 8 Disember - Satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan lima buah keluarga di Hilir Perak, ditutup hari ini.

Pegawai Daerah Hilir Perak, Saidi Shaari berkata Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak Teluk Intan ditutup pada pukul 11 pagi tadi selepas 29 penduduk terjejas banjir dibenarkan pulang ke rumah.

Penutupan itu dibuat selepas mendapat nasihat dan meneliti keadaan kawasan berlaku bencana banjir yang telah beransur baik.


(Foto fail)

PPS tersebut sebelum ini dibuka pada 28 November lalu selepas enam buah kampung di kawasan tersebut dilanda banjir.

Kampung tersebut adalah Kampung Batu 7, Lorong Mesra; Batu 9, Simpang Tiga; Lorong Kedah; Lorong Sidang Osman; Batu 8 dan Kampung Gloster.

Media Baharu