fb fb fb fb fb

Banjir: 5,555 penduduk masih terjejas di lima negeri

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Kemas kini jumlah penduduk terjejas banjir di lima negeri setakat petang ini menunjukkan trend penurunan.

Daripada 10,398 orang pagi tadi berkurang kepada 5,555 setakat pukul 3.23 petang ini.

Kelantan masih kekal tertinggi dengan 3,704 penduduk terjejas berbanding 6,269 orang pagi tadi.

Menerusi portal Info Bencana JKM, jajahan Tumpat merekodkan seramai 2,703 penduduk terjejas daripada 804 keluarga dengan empat PPS masih dibuka.

Jajahan Pasir Mas pula menempatkan seramai 1,001 penduduk terjejas dengan 295 keluarga masih berlindung di dua PPS.

Di Kedah pula, situasi banjir makin pulih dengan 1,131 orang ditempatkan di PPS berbanding 3,067 orang pagi tadi.

Di Melaka, jumlah penduduk terjejas banjir kekal dengan 123 orang di dua PPS.

Manakala di Johor, tiga daerah masih terjejas banjir, menyaksikan setakat ini 15 PPS masih aktif menempatkan 471 penduduk.

Di Perak, jumlah penduduk terjejas direkodkan seramai 126 orang di Kinta dan Perak Tengah.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM