
KUALA LUMPUR, 16 September – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga pukul 11 pagi ini.
RINGKASAN BERITA AI
- METMalaysia keluarkan amaran sama bagi seluruh Pulau Pinang hingga 12 tengah hari.
- Kawasan terjejas di Sarawak: Limbang, Miri (Miri dan Subis), serta Kuching (Lundu dan Kuching).
- Di Sabah amaran melibatkan Pantai Barat: Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Ranau, Kota Kinabalu; dan Pedalaman: Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Tambunan, Keningau, Tenom.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) turut mengeluarkan amaran sama bagi seluruh negeri Pulau Pinang hingga 12 tengah hari.
“Kawasan yang terjejas di Sarawak ialah Limbang, Miri (Miri dan Subis) dan Kuching (Lundu dan Kuching).
“Di Sabah, amaran sama melibatkan Pantai Barat (Penampang, Putatan, Papar, Tuaran,Ranau dan Kota Kinabalu) , Pedalaman (Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Tambunan, Keningau dan Tenom),” menurut kenyataan METMalaysia.