fb fb fb fb fb

Banjir: 36 penduduk kekal ditempatkan di PPS Long Lama

FOTO APM SARAWAK

LONG LAMA, 16 September- Seramai 36 penduduk terjejas daripada 16 keluarga di Sarawak masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kee Tee di sini setakat 7.02 pagi tadi, tanpa pertambahan penduduk baharu.

PPS itu mula beroperasi semalam pada pukul 3.30 petang bagi menempatkan penduduk dari Pekan Long Lama, Kampung Kayan Long Lama dan Kampung Cina Long Lama.

Daripada jumlah tersebut, 17 orang daripada enam keluarga berasal dari Pekan Long Lama, 17 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Kayan Long Lama, manakala dua orang daripada sebuah keluarga dari Kampung Cina Long Lama. Keseluruhan mereka terdiri daripada 12 lelaki dan 24 perempuan termasuk bayi, kanak-kanak dan warga emas.

Banjir berlaku susulan fenomena pasang besar yang bertembung dengan hujan lebat berterusan sejak 8 September lalu.

Seramai 21 petugas daripada pelbagai agensi terlibat dalam pengurusan PPS, meliputi Pejabat Daerah (4), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (2), Kementerian Kesihatan Malaysia (4), Polis Diraja Malaysia (2), RELA (2) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (7).

SITI AISHAH BINTI MD ISA