fb fb fb fb fb

Banjir: 10 PPS dibuka melibatkan 3 daerah terjejas di Perak

Foto Fail

IPOH, 17 Mei- Jumlah penduduk terjejas banjir  terus meningkat kepada 537 penduduk daripada 152 keluarga, setakat 4.00 petang tadi.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, setakat ini 10 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di tiga daerah terjejas.

Di Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan 45 penduduk daripada 11 keluarga. Kesemua mereka dari Batu 9 Jalan Changkat Jong.

Manakala, di Kuala Kangsar, seramai 49 penduduk ditempatkan di PPS SK Periang, 21 penduduk di PPS SK Temong manakala Dewan Orang Ramai Kampung Talang Masjid pula menempatkan 40 penduduk terjejas.

Sementara itu, enam PPS beroperasi di Taiping melibatkan 382 penduduk terjejas.

Antaranya, Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Baru Trong, Dewan Orang Ramai Jebong Kiri, Masjid Al Wusta Batu 8, SK Temerlok, Dewan Orang Ramai Batu Hampar Trong, dan SK Matang Gelugor.

Ia melibatkan kawasan Kampung Sungai Baru, Kampung Dato' Sagor, Kampung Senduk Seberang dan beberapa kawasan lain.

Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia turut mengeluarkan amaran berjaga-jaga bagi paras air Sungai Kerian di Selama dan Sungai Perak di Jabatan Sultan Iskandar.

ROSLINA BINTI DIN