fb fb fb fb fb

Bacaan air tiga sungai di Terengganu lepasi paras bahaya

SETIU, 9 Disember- Bacaan air tiga sungai di Terengganu kini telah melepasi paras bahaya dan keadaan ini boleh mengakibatkan banjir di kawasan rendah jika berlaku pertembungan dengan hujan lebat.

Menurut Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu, Hanizan Deraman, sungai yang telah melepasi paras bahaya ialah Sungai Telemong di Daerah Hulu Terengganu, Sungai Nerus dan Sungai Setiu di Daerah Setiu.

Beliau juga menasihati penduduk di kawasan perbandaran sentiasa peka dengan keberkesanan sistem saliran bagi mengelak berlaku banjir kilat.

"Ada tiga stesen kita yang melebihi 200 milimeter terutama di daerah Kuala Nerus, itu menyebabkan banjir yang berlaku di kawasan perbandaran lepas hujan datag dengan agak drastik menyebabkan kita punya sistem saliran dan perparitan dalaman ini akan terganggu. Kelebatan hujan itu tak mampu ditampung oleh sistem saliran," kata Hanizan kepada media di sini.

(Hanizan ketika ditemui berkata Bacaan air tiga sungai di Terengganu lepasi paras bahaya)

Media Baharu