fb fb fb fb fb

APMM berjaya halang bot pancung Indonesia di perairan Tanjung Sepat

(Pandangan udara ketika bot pancung dikesandi Selat Melaka sekitar perairan Tanjung Sepat sekitar jam 2 petang/ Foto APMM)

KLANG, 11 Julai- Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia (APPM) berjaya menghalang sebuah bot pancung yang dipercayai dari Indonesia, semalam.

Bot berkenaan dipercayai cuba menyusup perairan negara bagi tujuaan menyeludup barang terlarang ke dalam negara ini.

Dalam satu kenyataan media Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam menyatakan maklumat pengesanan diterima daripada pesawat Bombardier CL415 MP, Maritim Malaysia.

Kapal berkenaan ketika itu sedang melakukan penerbangan pengawasan di Selat Melaka sekitar perairan Tanjung Sepat sekitar jam 2 petang.

(Bot pancung yang dipercayai dari Indonesia cuba menyusup perairan negara/ Foto APMM)

Bertindak atas maklumat itu, Radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) berpangkalan di Area Control Centre (ACC) Klang bertindak memantau pergerakan bot suspek dan bot ronda Maritim Negeri Selangor digerakan bagi memintas sasaran.

Menyedari kehadiran pesawat Maritim Malaysia, bot pancung itu bertindak memecut dengan lebih laju sehingga kelihatan hilang tujuan dan berpatah kembali memasuki perairan Indonesia.

Pada jam lebih kurang 3.15 petang, ACC Klang sekali lagi memaklumkan, terdapat sasaran curiga keluar semula dari tempat yang sama menuju sempadan perairan Indonesia-Malaysia dan bot ronda Maritim Negeri Selangor sekali lagi bertindak ke lokasi untuk menyekat sasaran yang disyaki.

Sejurus itu, ACC Klang memaklumkan bahawa sasaran curiga itu hilang daripada cerapan radar dan disyaki telah mematikan niat untuk terus memasuki perairan negara.

Media Baharu