fb fb fb fb fb

Anwar lancar kempen RFC MADANI Care For Nature

Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan kempen RFC MADANI Care For Nature

IPOH, 27 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan kempen RFC MADANI Care For Nature di Taman Eco Rimba Kledang Saiong di sini, hari ini. 

Kempen itu bertujuan memupuk semangat cintakan alam sekitar serta sebahagian daripada usaha Rainforest Challenge (RFC) menerap dan meningkatkan kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar dan semangat cintakan alam semula jadi dalam kalangan masyarakat.

Perdana Menteri tiba pada pukul 1.25 petang diiringi Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad; Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim dan beberapa kenamaan lain.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyempurnakan simbolik pelepasan RFC Grand Final 2024 yang bakal diadakan di Perak mulai 29 November hingga 9 Disember ini melibatkan laluan Lenggong, Sungai Siput dan Kuala Kangsar.

Melalui program itu, RFC berharap dapat memberi contoh terbaik mengenai penjagaan alam sekitar dalam kalangan penggemar sukan permotoran pacuan empat roda.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melakukan pelepasan 30 buah kenderaan pacuan empat roda sebagai Pelepasan Simbolik Peserta Rainforest Challenge (RFC) Grand Final 2024.

Lebih 300 peserta terlibat termasuk dari 20 buah negara merangkumi Amerika, Eropah, Afrika dan beberapa negara lain.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI