fb fb fb fb fb

Anwar, delegasi Malaysia tiba di Samarkand

Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Samarkand pada pukul 11.05 pagi waktu tempatan.

SAMARKAND, 18 Mei-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Samarkand bersempena hari kedua lawatan kerja beliau di Uzbekistan.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Samarkand pada pukul 11.05 pagi waktu tempatan dan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Jamshid Khodjaev.

Setibanya di bandar kedua terbesar negara tersebut, Perdana Menteri sempat menziarahi Makam Imam Bukhari.

Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan di Forum Perniagaan Peringkat Tinggi Uzbekistan-Malaysian di Kompleks Pelancongan Laluan Sutera Samarkand.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, dan juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM