BERLIN, 13 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan lebih banyak perniagaan Jerman untuk memanfaatkan lokasi Malaysia yang strategik di Asia Tenggara dan infrastrukturnya yang dibangunkan, sebagai destinasi pelaburan pilihan.
"Jerman sudah tentu merupkan rakan dagang terbesar kami. Anda telah melabur jumlah yang cukup besar iaitu hampir AS$15 bilion dolar.
"Seperti yang saya kataka, saya mat gembira kerana banyak syarikat terkemuka Jerman memilih Malaysia sebagai hab penting pusat kecemerlangan dan latihan. Jadi saya berharap dapat meluaskan lagi kerjasma ini", kata Anwar ketika sidang media bersama rakan sejawatnya Canselor Olaf Scholz di Canselori Persekutuan, Berlin.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia turut menyambut baik minat Berlin untuk pelaburan baharu dalam tenaga boleh baharu dan teknologi hijau.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri menegaskan Malaysia optimis mencapai pertumbuhan ekonomi antara 4 peratus dan 5 peratus pada 2024, berdasarkan asas kukuh iaitu kerangka ekonomi MADANI dan pembaharuan yang digariskan menerusi Belanjawan 2024.
Perdana Menteri sebelum itu, disambut dalam Majlis Sambutan Rasmi oleh Canselor Olaf Scholz.
Datuk Seri Anwar tiba di Canselori Persekutuan tepat pukul 6 petang waktu tempatan.
Lagu Kebangsaan Negaraku dimainkan, diikuti lagu kebangsaan Jerman.
Istiadat Kawalan Kehormat oleh Tentera Jerman Bundes-wehr turut berlangsung.
Majlis turut dihadiri Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, serta Duta Besar Malaysia ke Jerman Datin Paduka Dr. Adina Kamarudin.
Sementara Scholz diiringi antaranya Setiausaha Negara bagi Ekonomi, Kewangan dan Hal Ehwal Eropah Dr. Yorg Kukis dan Duta Jerman ke Malaysia, Dr. Peter Blomeyer.
Terdahulu, Perdana Menteri membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Jerman Frank Walter SteinMeier di Istana Bellevue
Ia merupakan kunjungan balas Perdana Menteri selepas Presiden Steinmeier mengadakan lawatan ke Malaysia tahun lalu.
Ketibaan Datuk Seri Anwar kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan, disambut Presiden Steinmeier.
Kedua-dua pemimpin kemudiannya mengadakan mesyuarat bilateral membincangkan hubungan dua hala Malaysia-Jerman.
Menurut Pejabat Perdana Menteri, perbincangan menyentuh isu kepentingan bersama kedua-dua negara.
Antaranya, melibatkan minyak sawit, produk berasaskan sawit, pendidikan serta perdagangan dan pelaburan.
Turut dibincang isu global meliputi perkembangan di Palestin yang memerlukan bantuan kemanusiaan berterusan daripada semua pihak.
Turut mengiringi Perdana Menteri adalah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.