fb fb fb fb fb

Anwar bertemu Raja Jordan, bincang konflik Gaza

Foto Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II dalam suasana penuh santai dan harmoni sewaktu di luar Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Menerusi Facebook, Anwar berkata pertemuan itu antara lain membincangkan usaha untuk menghentikan perang di Gaza, selain membincangkan mengenai krisis kemanusiaan yang menjejaskan penduduk yang tidak bersalah di rantau itu.

"Keperluan untuk menangani ketegangan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, terutamanya serangan oleh pendatang Israel terhadap penduduk Palestin turut dibincangkan.

"Pertemuan itu turut mewujudkan lagi peluang kerjasama dua hala Malaysia-Jordan, selain lawatan peringkat tertinggi kedua-dua negara pada 2024 dan kerjasama sektor swasta khususnya teknologi dron serta kerjasama ketenteraan," kata Anwar.

Dalam pada itu, Anwar melakukan ibadah umrah selepas menghadiri sidang kemuncak itu.

"Alhamdulillah, saya bersama Azizah (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan delegasi Malaysia diizinkan Allah melaksanakan ibadah umrah usai Sidang Kemuncak Tergempar OIC sebelum berangkat ke Amerika Syarikat.

 
"Saya titipkan doa memohon Allah mengangkat penindasan dan kemusnahan dari bumi Palestin. Semoga saudara kita di Gaza dan Tebing Barat dilimpahkan kesejahteraan, keamanan dan dikurnia kekuatan dalam menempuh tantangan dan kezaliman," kata Anwar.

Artikel Berkaitan:
Malaysia, Iran sepakat main peranan besar dalam dunia Islam
Sidang Kemuncak Tergempar OIC: Malaysia gesa segerakan gencatan senjata

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM