
KUALA LUMPUR, 13 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga 5.00 petang ini.
- Negeri terjejas termasuk Perlis, Kedah (Langkawi), Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.
- Perak: Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim; Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Bentong.
- Johor: Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, Johor Bahru; Sabah dan Sarawak turut terlibat.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah meliputi Langkawi) serta beberapa daerah di Perak iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Amaran sama turut melibatkan Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron dan Bentong selain Hulu Selangor di Selangor.
Di Johor, kawasan dijangka terjejas ialah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, di Sabah ,kawasan terjejas ialah Pedalaman meliputi Keningau dan Tambunan), selain Pantai Barat, Tawau,Kinabatangan di Sandakan serta Kudat.
Di Sarawak pula, amaran dikeluarkan bagi Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit termasuk Song dan Kapit serta Tatau di Bintulu.- BERNAMA