fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di utara

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Oktober- Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan hingga pukul 1.00 pagi esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan amaran tersebut juga melibatkan beberapa daerah di negeri Perak.

"Perak- Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang", menurut kenyataan itu.

Sementara itu, ribut petir juga dijangka melanda Terengganu yang melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis).

Manakala, di Sarawak membabitkan Sri Aman, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro) serta Kapit (Song dan Kapit) manakala di Sabah, ia meliputi kawasan Nabawan dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Sandakan).

ROSLINA BINTI DIN