Amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di Sarawak hingga esok

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak sehingga 10 Januari 2026 /Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Januari Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak sehingga esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amaran hujan berterusan tahap buruk untuk beberapa kawasan di Sarawak sehingga esok.
  • Amaran waspada berkuat kuasa hingga 10 Januari 2026 melibatkan beberapa daerah pantai dan pedalaman.
  • Orang awam disaran merujuk laman rasmi MetMalaysia, media sosial dan aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini.

Menurut kenyataan MetMalaysia pada pukul 1 petang hari ini memaklumkan, kawasan berada dalam kategori buruk ialah di Bau, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Pusa.

Sementara itu, amaran waspada berkuat kuasa sehingga 10 Januari 2026 melibatkan kawasan di Kuching (Lundu), Sri Aman (Lubok Antu), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Orang awam juga disaran mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih melalui laman sesawang rasmi www.met.gov.my, media sosial MetMalaysia dan aplikasi myCuaca.