Agong zahir nasihat kepada KP SPRM laksana amanah penuh integriti

Foto Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu, Datuk Seri Abdul Halim Aman agar melaksanakan amanah dipikul dengan penuh integriti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Titah Sultan tentang usaha membanteras rasuah mesti terus, tegas dan tanpa pilih kasih demi integriti serta kedaulatan undang-undang.
  • Baginda menyampaikan nasihat itu semasa menghadap Ketua Pesuruhjaya SPRM di Istana Negara hari ini.
  • Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Datuk Seri Abdul Halim sebagai KP SPRM berkuat kuasa 13 Mei, menggantikan Tan Sri Azam Baki.
  • Dalam pertemuan berasingan, Baginda turut menerima menghadap Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah, usaha membanteras rasuah di negara ini mesti dilaksanakan secara berterusan, tegas dan tanpa pilih kasih demi memastikan integriti serta kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.

Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat itu ketika berkenan menerima menghadap Datuk Seri Abdul Halim di Istana Negara hari ini.

Pada 25 April lepas, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Datuk Seri Abdul Halim yang juga bekas Hakim Mahkamah Tinggi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 13 Mei lepas menggantikan Tan Sri Azam Baki.

Dalam pertemuan berasingan hari ini, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun.

Perkembangan itu susulan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa 1 Jun selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, pada Isnin lepas.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.