KUALA LUMPUR, 7 April- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membayar zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook baginda hari ini.
"Cek zakat diserahkan oleh Seri Paduka Baginda kepada Tuan Haji Nasri Md Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan disaksikan oleh Dato’ Yahya Ahmad, Mufti Johor pada hari ini (7 April) di Johor Bahru.
"Penyerahan cek berkenaan disaksikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad," kata hantaran itu.