
KUALA LUMPUR, 13 Oktober – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail di Istana Negara.
- Tan Sri Mohd Khalid memperkenalkan Timbalan Ketua Polis Negara baru, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid.
- Datuk Seri Abdul Aziz dilantik menyandang jawatan nombor dua PDRM berkuat kuasa 9 September.
- Tan Sri Mohd Khalid juga memperkenalkan Datuk Mohamad Zainal Abdullah sebagai Pengarah Pengurusan PDRM yang baharu.
- Datuk Mohamad Zainal, bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak, dilantik memegang portfolio itu berkuat kuasa 15 September.
Dalam sesi menghadap itu, Tan Sri Mohd Khalid memperkenalkan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid kepada Seri Paduka Baginda.
“Datuk Seri Abdul Aziz dilantik menyandang jawatan nombor dua dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa 9 September lalu,” menurut hantaran di laman Facebook rasmi Seri Paduka Baginda.
Selain itu, Tan Sri Mohd Khalid turut memperkenalkan Datuk Mohamad Zainal Abdullah, selaku Pengarah Pengurusan PDRM yang baharu.
Datuk Mohamad Zainal, yang sebelum ini memegang jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak dilantik memegang portfolio baharu itu berkuat kuasa 15 September lepas.