Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada semua rakyat di negara ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seri Paduka berdua berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya, disambut Perdana Menteri, isteri dan Menteri Komunikasi.
  • Sambutan bertemakan Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati dimulakan dengan istiadat ketenteraan, persembahan pentas dan perarakan warna-warni.
  • Perarakan melibatkan 10,819 peserta, 76 kontinjen, 22 pasukan pancaragam, 328 aset dan lebih 80,000 pengunjung.

Ucapan berkenaan dizahirkan menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berdua berangkat tiba ke Sambutan Hari Kebangsaan yang berlangsung di Putrajaya pada 8 pagi tadi.

Keberangkatan baginda berdua disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Komunikasi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Sambutan yang bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” dimulakan dengan istiadat ketenteraan diikuti persembahan pentas dan perarakan warna-warni yang menggambarkan aspirasi Malaysia MADANI sebagai sebuah negara yang mengutamakan kesejahteraan rakyat dan menghormati kepelbagaian.

Acara perarakan dan perbarisan melibatkan penyertaan 10,819 peserta membabitkan 76 kontinjen, 22 pasukan pancaragam, 11 kereta berhias, 328 aset darat, laut dan udara serta 112 haiwan dalam perkhidmatan selain 22 unit aset kenderaan elektrik (EV) selain diserikan dengan persembahan grafik manusia di teres.

Acara tersebut dihadiri lebih 80,000 pengunjung.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.