fb fb fb fb fb

Agensi bawah KKDW perlu hapus budaya 'silo' - TPM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 9 Oktober - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengesa agensi di bawahnya menghapuskan budaya silo dan bersinergi dalam memacu ekosistem pembangunan luar bandar yang lebih holistik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, rangka kerja startegik perlu dilaksana dengan memberi tumpuan kepada perkongsian sumber, pengetahuan dan kepakaran untuk mencapai hasil yang optimum.

Ini terutama dalam menghadapi cabaran yang semakin kompleks, termasuk kekangan sumber dan kemajuan teknologi arus perdana.

"FELCRA memberikan tumpuan kepada pembangunan ranah dan pertanian luar bandar, MARA melahirkan usahawan, pelajar dan pelbagai aspek lain bagi memacu agenda pendidikan. KEMAS pula berperanan dalam pembangunan modal insan, JAKOA memperkasakan orang asli manakala RISDA menyokong pembangunan pekebun kecil," katanya.

Beliau yang juga Menteri
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di Wisma FELCRA, di Kuala Lumpur.

Silo ialah sistem yang memisahkan jenis pekerja yang berbeza lazimnya mengikut jabatan tempat mereka bekerja.

Trainee2