fb fb fb fb fb

90% KIR terjejas banjir sudah terima BWI - PM


KOTA MARUDU, 8 Januari - Sejumlah 90 peratus Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM 1,000 setakat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata beliau optimis, penyaluran BWI dijangka akan mencapai kadar 100% pada hari Isnin ini.

Menurut beliau, pengagihan bantuan kepada penduduk terjejas banjir kali ini adalah yang terpantas dalam sejarah penyaluran bantuan bencana.

" Saya telah memberi jaminan segerakan (bantuan) dan saya berterima kasih kepada semua yang terlibat, agensi kerajaan, kakitangan kerajaan dan lain-lain yang terlibat kerana cepat dalam pengagihan bantuan.

"Saya katakan sebelum mereka balik kita bagi, mereka yang terlibat dengan banjir mengalami kesusahan dan kita tak mahu membebankan mereka," katanya pada sidang media selepas menyerahkan BWI dan Bakul Makanan kepada 200 penduduk terjejas banjir di Dewan Komuniti, di sini.

Media Baharu