fb fb fb fb fb

774 jalan berlubang di jalan Persekutuan diselesaikan dalam tempoh 24 jam- Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 20 Mac- Isu jalan berlubang (potholes) turut dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, pada Januari  dan Februari tahun ini sebanyak 774 bilangan jalan berlubang di laporkan di jalan-jalan Persekutuan .

Isu itu  berjaya diselesaikan dalam tempoh  24 jam.

Katanya pada tahun lepas pula,  sebanyak 5,959 aduan diterima dan turut juga  berjaya di selesaikan dalam tempoh 24 jam.

"Kementerian Kerja Raya telah memperuntukkan RM3.3 bilion dari tahun 2018-2023 bagi kerja penyelenggaran penurapan semula jalan berkala di jalan-jalan Persekutuan.

"Namun kita ada RM3.3 bilion juga untuk kerja-kerja tertunggak, di Rompin, 306.8 kilometer membabitkan RM41.7 juta dari 2021 diperuntukkan dan untuk negeri Pahang anggaran penyelenggaran jalan 2024 untuk penurapan jalan RM101.5 juta  dan bukan turapan RM8.3 juta,"katanya.

Beliau menjawab soalan asal dibangkitkan wakil Rompin Datuk Abdul Khalib Abdullah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE