fb fb fb fb fb

Lebih 50,000 pengunjung JAKM Kedah, pada hari pertama

(Pengunjung yang hadir di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Kedah)

ALOR SETAR, 3 September- Promosi dan publisiti berterusan melibatkan kerjasama semua pihak memperlihatkan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Kedah mencatatkan peningkatan pengunjung pada hari ke-2 penganjuran.

Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Mazlan Mutalib berkata dengan perkembangan positif itu dijangkakan JAKM edisi ke-9 itu dapat mencapai sasaran 100,000 pengunjung selama tiga hari penganjuran.

K-KOMM memberi peranan yang amat besar sebagai pengerusi jawatankuasa promosi dan publisiti melibatkan semua pihak iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebagai kementerian peneraju, Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), kerajaan negeri dan agensi-agensi lain serta pihak media.

Mazlam Mutalib, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan K-KOMM, "mengucapkan terima kasih kepada semua kerana dapat membantu nampak gayanya dengan kehadiran ini nampak ramai.

"JAKM di Kedah, dijangka akan merekodkan jumlah pengunjung terbesar dan melebihi rekod di Sarawak iaitu 98,00 pengunjung.

"Rekod ini dapat dipecahkan di Kedah kali ini." Jelasnya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata demikian di JAKM Kedah.

(Mazlam Mutalib, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan K-KOMM)

Mengenai persiapan sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan akan diadakan di Melaka.

Satu mesyuarat telah diadakan bagi sambutan peringkat kebangsaan itu.

Program tersebut akan diadakan di tempat terbuka dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka.

Dalam majlis sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Ramlan Harun berkata, "JAKM Kedah berjaya menarik kehadiran lebih 70,000 pengunjung pada hari pertama penganjurannya."

Media Baharu