fb fb fb fb fb

7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, A. Sivanesan / BERNAMA

IPOH, 22 Disember- Sebanyak 7,294 kes COVID-19 direkodkan di negeri Perak sejak 1 Januari hingga 16 Disemebr lepas berbanding 108,859 kes dicatatkan bagi tempoh sama, tahun lalu, menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri A. Sivanesan berkata kes menunjukkan penurunan sebanyak 101,565 kes atau 93.3 peratus.

“Sebanyak 53 kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan di Perak bagi tempoh 1 Januari hingga 16 Disember lepas,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara peratusan vaksinasi COVID-19 bagi penduduk negeri ini dari 1 Jan hingga 21 Disember lepas menunjukkan 80.7 peratus individu telah mengambil dos pertama, dos kedua (79.1 peratus), dos penggalak 1 (46.9 peratus) manakala 1.7 peratus bagi dos penggalak 2.

Menurut Sivanesan JKN Perak akan terus melakukan pemantauan terhadap penularan wabak COVID-19 selain tumpuan diberikan terhadap golongan berisiko seperti warga emas yang menghidap penyakit jantung, diabetis, kanser serta respiratori kronik.

Orang ramai juga diingatkan supaya meningkatkan amalan kendiri termasuk memakai pelitup muka di tempat awam bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak.

“Pemakaian pelitup muka amat digalakkan bagi individu yang bergejala, mempunyai penyakit kronik dan sebagainya terutama ketika berada di tempat yang tertutup, sempit dan sesak serta semasa berada dalam pengangkutan awam,” katanya.

ZEHRA BINTI ZAMBRI