
PUTRAJAYA, 25 April – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sumbangan RM100,000 bagi menyokong aktiviti pelajar pasukan orkestra Sekolah Seri Puteri (SSP), iaitu Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds).
- Persembahan bertemakan 'Rockestra' mendapat sokongan Kementerian Pendidikan dengan penyertaan 92 ahli SPWinds.
- Konsert menjadi inisiatif pengumpulan dana untuk persiapan SPWinds ke World Music Contest 2026 di Belanda, Julai.
- Konsert amal dianjurkan oleh Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SPWinds (KSIB) di bawah PIBG Sekolah Seri Puteri untuk kutipan dana.
- SPWinds meraih Anugerah Emas pada World Orchestra Festival ke-11 di Vienna, Austria, Julai 2025.
Sumbangan itu diumumkan ketika beliau menghadiri persembahan “Winds of Glory: AM:PM Amir Masdi dan SP Winds in Concert di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Sabtu.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sumbangan itu sebagai dorongan untuk terus melaksanakan program serta aktiviti yang menyokong kemenjadian murid menerusi kecemerlangan seni.
Persembahan bertemakan ‘Rockestra’ itu mendapat dukungan Kementerian Pendidikan dengan penglibatan 92 ahli SPWinds..
Konsert berkenaan bukan sekadar platform persembahan, malah menjadi inisiatif strategik pengumpulan dana bagi menampung persiapan SPWinds menghadapi World Music Contest (WMC) 2026 yang dijadual berlangsung di Belanda pada Julai depan.
Konsert amal anjuran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SPWinds (KSIB) di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Seri Puteri itu diadakan bagi mengumpul dana untuk menyokong penyertaan SPWinds di peringkat antarabangsa.
SPWinds sebelum ini mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih Anugerah Emas pada World Orchestra Festival ke-11 di Vienna, Austria pada Julai 2025.