
GUA MUSANG, 26 April – Seorang lelaki warga Thailand direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan rakan senegaranya di Kampung Pulai, di sini, pada Khamis lalu.
- Perintah reman dikeluarkan oleh Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri, berkuat kuasa sehingga Sabtu.
- Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas pertuduhan membunuh.
- Mayat mangsa warga Thailand berusia 48 tahun ditemukan terlangkup berhampiran anak sungai tanpa pakaian.
- Mangsa ditemui dengan kesan tetakan pada kepala, muka, leher, tangan dan kaki; kes masih dalam siasatan.
Perintah reman terhadap suspek berusia 46 tahun itu dikeluarkan oleh Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri dan berkuat kuasa sehingga Sabtu.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Penguasa Polis Supt Sik Choon Foo berkata, reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Beliau berkata, sebelum ini mayat mangsa, seorang lelaki warga Thailand berusia 48 tahun ditemukan dalam keadaan terlangkup di kawasan anak sungai di kampung berkenaan.
“Mangsa ditemukan dengan kesan tetakan pada beberapa bahagian badan termasuk kepala, muka, leher, tangan dan kaki,” katanya.
Tambah beliau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 2 petang daripada rakan senegara mangsa yang mencarinya selepas dilaporkan hilang.
“Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring dan terlangkup tanpa pakaian berhampiran kawasan berbatu di dalam anak sungai,” katanya.
Kes masih dalam siasatan.