41 guru Perlis diperkasa dengan pembelajaran berasaskan cabaran

Foto RTM

JITRA, 19 Ogos – Seramai 41 guru dari seluruh Perlis diperkasa dengan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Cabaran bagi membantu mereka merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih relevan dengan keperluan pendidikan semasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menekankan cabaran sebenar, penerokaan idea, kolaborasi dan penyelesaian masalah yang boleh diterapkan merentas pelbagai mata pelajaran.
  • Guru berperanan sebagai pemudah cara, membimbing murid meneroka, bertanya, berfikir dan mencuba sebelum menghasilkan penyelesaian.
  • Pelajar dibimbing mengenal pasti cabaran, memahami isu, meneroka perspektif dan membina penyelesaian berdasarkan pengetahuan dipelajari.
  • Kaedah ini semakin mendapat perhatian dan sesuai dikembangkan mengikut konteks serta keperluan mata pelajaran berbeza.

Pendekatan itu memberi penekanan kepada cabaran sebenar, penerokaan idea, kolaborasi serta penyelesaian masalah yang boleh diterapkan merentas pelbagai mata pelajaran.

Pengerusi Eksekutif Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE), Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, kaedah berkenaan semakin mendapat perhatian dan terus dikembangkan dalam konteks pendidikan hari ini.

“Murid tidak hanya mencari jawapan kepada sesuatu persoalan, sebaliknya dibimbing untuk mengenal pasti cabaran, memahami isu, meneroka pelbagai perspektif serta membina penyelesaian berdasarkan pengetahuan yang dipelajari,” katanya.

Jelasnya lagi, dalam pendekatan itu, guru pula berperanan sebagai pemudah cara yang membimbing murid untuk meneroka, bertanya, berfikir dan mencuba sebelum menghasilkan penyelesaian.

“Ciri berkenaan menjadikan Pembelajaran Berasaskan Cabaran sesuai diterapkan mengikut konteks dan keperluan pelbagai mata pelajaran,” ujarnya.

Beliau menyatakannya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Komuniti Pembelajaran Profesional Berasaskan Cabaran di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, di sini, semalam.

Kursus itu dianjurkan FCoEE dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.

Guru yang terlibat datang daripada pelbagai bidang termasuk bahasa, sains, matematik, teknologi dan sejarah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.