fb fb fb fb fb

3,509 penduduk terjejas banjir di lima negeri

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Seramai 3,509 penduduk terjejas banjir daripada 1,112 keluarga di lima negeri direkodkan setakat 10 pagi.

Lima negeri terkesan banjir melibatkan Kedah, Perak, Pahang, Johor, dan Selangor.

Menurut kemas kini Info Bencana JKM, angka tertinggi melibatkan di Kedah dengan 2,417 orang daripada 775 keluarga yang kini berlindung di 24 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di enam daerah iaitu Baling, Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Sik.

Jumlah tertinggi penduduk terjejas kini berlindung di PPS Kompleks Belia dan Sukan Baling seramai 345 orang daripada 130 keluarga, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang 261 orang daripada 78 keluarga, dan Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah 236 orang daripada 57 keluarga.

Di Perak, seramai 636 penduduk terjejas daripada 200 keluarga kini berlindung di 11 PPS di empat daerah iaitu Kuala Kangsar, Kerian, Hulu Perak dan Muallim.

Angka penduduk tertinggi dicatatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lasah, Kuala Kangsar dengan 196 orang daripada 56 keluarga, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah FELDA Lasah 97 orang daripada 27 keluarga, dan 65 orang daripada 20 keluarga di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman 34300 Bagan Serai.

Sementara itu, Pahang merekodkan 194 penduduk terjejas daripada 54 keluarga yang berlindung empat PPS yang dibuka di Temerloh.

PPS Dewan SMK Seri Semantan menempatkan 110 orang daripada 32 keluarga, SK Lanchang 36 daripada 12 keluarga serta Balairaya Mempateh 30 orang daripada 6 keluarga.

Seterusnya, di Johor merekodkan 234 penduduk terjejas daripada 77 keluarga yang kini berteduh di empat PPS di tiga daerah iaitu Kluang, Kulai dan Batu Pahat.

93 orang daripada 39 keluarga diberi perlindungan di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Kg Rengam, Dewanraya Kampung Murni Jaya Layang-layang 83 orang daripada 19 keluarga, dan 41 orang daripada 16 keluarga pula di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Layang.

Di Selangor, 27 penduduk terjejas daripada 6 keluarga berlindung di satu PPS, di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat.

Trainee2