21 Ogos bukan Hari Kelepasan Am bagi Melaka

Tiada ketetapan cuti peristiwa bagi 21 Ogos

MELAKA, 11 Ogos – Tarikh 21 Ogos, bukan Hari Kelepasan Am bagi Melaka dan tidak disenaraikan dalam Jadual Hari Kelepasan Am Negeri Melaka Tahun 2026, sekali gus tiada ketetapan cuti peristiwa bagi tarikh berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Salhah Salleh mengeluarkan penjelasan berhubung kekeliruan orang ramai.
  • Kekeliruan mengaitkan 21 Ogos dengan pengiktirafan warisan dunia UNESCO di Melaka.
  • Urusan pekerjaan, perkhidmatan awam, persekolahan dan aktiviti harian pada 21 Ogos berjalan seperti biasa.
  • Namun ia tertakluk kepada peraturan pihak berkuasa, majikan dan institusi masing-masing.

Kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Salhah Salleh memaklumkan penjelasan berkenaan dibuat susulan kekeliruan orang ramai yang mengaitkan 21 Ogos dengan sambutan atau pengiktirafan warisan dunia UNESCO di Melaka.

Sehubungan itu, urusan pekerjaan, perkhidmatan awam, persekolahan serta aktiviti harian pada Jumaat, 21 Ogos adalah berjalan seperti biasa mengikut jadual dan ketetapan sedia ada.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada peraturan pihak berkuasa, majikan dan institusi masing-masing.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.