BERA, 29 April- Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera yang diadakan di Dewan Kompleks UMNO Bahagian Bera, Padang Luas mendapat sambutan meriah dengan dihadiri kira-kira 20,000 pengunjung.
Masyarakat pelbagai kaum terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Orang Asli menghadiri rumah terbuka berkenaan seawal pukul 9 pagi bagi menikmati pelbagai juadah raya.
Menurut Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hubungan akrab pelbagai kaum meraikan sambutan Aidilfitri menjadi tradisi setiap tahun di Bera.
"Seperti biasa daripada dulu sejak saya menjadi Ahli Parlimen, sambutan Hari Raya Aidilfitri kita buat setiap tahun dan saya mengucapkan terima kasih kepada warga Bera dan orang luar yang hadir.
“Biasanya di Bera semua kaum datang, Melayu paling ramai kerana 70 peratus penduduk di Bera ini adalah Melayu dan Orang Asli.
“Orang Asli, Cina dan India pun ramai hadir dalam semangat Keluarga Malaysia,” katanya.
"Biasanya di Bera ni semua kaum akan datang, kaum Melayu paling ramai, 70 peratus daripada penduduk Bera ni Melayu dan orang Asli pun ramai, kaum Cina ,kaum India ramai yang hadir hari n. Kita kelompok yang kecil jadi kita sebagai satu keluarga tak kira kaum,apa hubungan, kita amat rapat sekali," katanya.

(Datuk Seri Ismail Sabri bersama isteri menyampaikan duit raya pada Rumah
Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera)
Ujarnya, sambutan berkenaan yang dapat mengeratkan silaturahim itu akan diteruskan setiap tahun dari semasa ke semasa.
Bukan sahaja pelbagai juadah disediakan, sambutan hari raya itu menjadi platform untuk masyarakat bertemu pemimpin.