fb fb fb fb fb

18 warga asing ditahan, bekerja di premis jual arak secara haram

Foto Facebook Jabatan Imigresen Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 21 Mei- Seramai 18 warga asing yang bekerja di tiga premis menjual arak secara haram ditahan menerusi Ops Bersama Jabatan Imigresen (JIM), Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di sekitar Skudai, Johor Bahru, Ahad lalu.

Pemangku Pengarah JIM Negeri Johor berkata, Mohd Faizal Shamsudin berkata, tangkapan melibatkan 14 lelaki dan dua wanita warga Myanmar, serta dua lelaki warga Bangladesh.

Beliau berkata kesemua mereka berumur antara 19 hingga 39 tahun, dipercayai tidak memiliki permit yang sah dan tinggal lebih masa.

"Tindakan penguatkuasaan ini diambil ekoran maklumat awam mengenai premis penjualan arak secara haram oleh warga asing.

"Dalam operasi ini, tiga premis membabitkan 26 warga asing diperiksa dan 18 daripada mereka ditahan", katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) kerana tidak memiliki permit sah dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), kerana tinggal lebih masa.

Jabatan Imigresen terus giat melaksanakan operasi bagi membanteras isu lambakan PATI sehingga 31 Disember, tahun ini.

ROSLINA BINTI DIN