fb fb fb fb fb

163 prospek dari Penjara Marang dilepaskan secara PBLS

Penolong Kanan Komisioner Hamid Taha

MARANG, 7 April- 163 prospek dari Penjara Marang dilepaskan melalui program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBLS) Ihsan MADANI: Kepulangan Yang Dinanti sempena Hari Raya Aidilfitri 2024.

Pembebasan itu adalah untuk memberi ruang kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan komuniti sebelum dibebaskan mengikut tempoh sebenar hukuman berakhir.

Pengarah Penjara Terengganu Penolong Kanan Komisioner Hamid Taha berkata, kesemua prospek yang dilepaskan adalah mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan kecil seperti mencuri di kedai runcit, menceroboh kawasan larangan dan memiliki dadah dengan jumlah yang kecil.

"Tujuan pembebasan secara lesen ni dijalankan di Jabatan Penjara adalah bagi memberi ruang kepada prospek keranan status yang telah ditukar ganti daripada perkataan banduan untuk bersedia sebelum dibebaskan sepenuhnya.

"Maknanya apabila dilepaskan secara berlesen ini mereka ada peluang pekerjaan, tempat tinggal dan ada masa depan untuk menjalani kehidupan di luar," katanya selepas menyerahkan dokumen pelepasan kepada keluarga yang disaksikan Pengarah Penjara Marang Penolong Kanan Komisioner Mohamad Jusoh Ismail, di sini.

Bagaimanapun kesemua yang dilepaskan secara PBLS mereka perlu melapor diri mengikut jadual yang ditetapkan pihak penjara.

Prospek yang paling muda dilepaskan hari ini ialah berumur 23 sehingga 55 tahun.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI