fb fb fb fb fb

150 petugas produksi dan teknikal RTM terlibat siaran langsung Sambutan Hari Kebangsaan

(Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud ditemu bual Berita RTM selepas meninjau persiapan
RTM bagi siaran langsung sempena Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, malam tadi)

KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Seramai 150 petugas produksi dan teknikal Radio Televisyen Malaysia (RTM) terlibat dalam membuat persiapan sempena Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud berpuas hati serta yakin RTM sudah bersedia sepenuhnya untuk memastikan kelancaran siaran langsung pada sambutan berkenaan.


(Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud meninjau persiapan RTM bagi siaran langsung
sempena Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, malam tadi)

"Kita telah pun bersedia sepenuhnya dan esok lagi ada kerja-kerjanya untuk melengkapkan kita punya (persiapan) ini, LED besar dalam ukuran 100x9 meter telah pun dipasang, tunggu nak dinaikkan, lain-lain persiapan esok pun kita akan ada raptai dan kita akan tengok lagi lah dari segi teknikal, mana-mana yang untuk melengkapkan persediaan kita menjelang empat-lima hari lagi untuk kita menyambut Hari Kebangsaan," kata beliau ketika ditemui Berita RTM selepas meninjau persiapan Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, di sini malam tadi.

Che Roslan turut menyeru orang ramai untuk hadir pada hari Rabu ini ke Dataran Merdeka bagi meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65 tahun.

Media Baharu