fb fb fb fb fb

1247 calon SPM 2023 Johor peroleh semua A

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Mohd Hanafi Samad/Foto RTM

JOHOR BAHRU, 27 Mei -Seramai 1,247 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan 20 daripadanya memperoleh A+ dalam kesemua mata pelajaran di negeri ini.

133 calon berkeperluan Pendidikan Khas turut menduduki SPM dengan dua orang daripadanya memperoleh 9A, seorang 8A dan dua orang mendapat 7A.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Mohd Hanafi Samad berkata secara keseluruhan, seramai 42,221 calon menduduki SPM dengan 38,760 calon layak mendapat sijil.

"Saya ingin memaklumkan bahawa Indeks GPN Negeri Johor pada tahun 2023 ialah 4.48, meningkat 0.11 mata berbanding 4.59 pada tahun 2022.

"Indeks GPN SPM Negeri Johor telah mengatasi pencapaian Nasional iaitu 4.60 mata. Berdasarkan kepada analisis pencapaian keputusan SPM mulai 2019 hingga 2022, pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun", katanya kepada media selepas mengumumkan keputusan SPM bagi Negeri Johor di sini pada pagi tadi.

Seramai, 42,221 calon berdaftar dengan 41,320  hadir menduduki Peperiksaan SPM 2023 yang diadakan pada 5 Disember hingga 7 Mac lalu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD