fb fb fb fb fb

110 kakitangan pelbagai agensi sertai Jelajah Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Pulau Pinang

Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN) Pulau Pinang, Hasmiza Hussin

GEORGETOWN, 1 Ogos-Seramai 110 kakitangan pelbagai agensi sertai Jelajah bersempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Pulau Pinang esok.

Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN) Pulau Pinang, Hasmiza Hussin memaklumkan, konvoi yang dijadual bermula pukul 8.30 pagi itu melibatkan pelepasan 25 kenderaan dengan membawa Jalur Gemilang.

Jelajah berkenaan akan bermula dari SP Arena di Seberang Jaya sebelum berakhir di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, melibatkan jarak sejauh 25 kilometer.

"Objektif kita untuk menyemarakkan dan menaikkan semangat patriotisme sambutan Hari Kebangsaan khususnya di Pulau Pinang di mana kita juga menaikkan semangat rakyat untuk mereka terlibat sama dengan memeriahkan Hari Kebangsaanā€¯, katanya ketika menjadi tetamu di konti MUTIARAfm dalam program Bicara Prisma bagi mempromosikan Pelancaran Hari Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini.

Tambah Hamsmiza, peserta konvoi akan turut mengedarkan 200 Jalur Gemilang bersaiz mini kepada orang ramai di akhir program.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD