fb fb fb fb fb

103 tahanan warga asing dihantar pulang ke negara asal

FOTO JIM JOHOR

PONTIAN, 9 Februari- Seramai 103 tahanan warga asing dari pelbagai negara dipindahkan ke negara asal mereka dari Depot Imigresen Pekan Nenas, Johor melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. 

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Baharuddin Tahir berkata, kesemua tahanan yang dihantar pulang adalah terdiri daripada 78 warga Myanmar, 14 warga Pakistan dan selebihnya warga Thailand. 

Penghantaran itu dibuat setelah kesemua tahanan selesai menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1969/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. 

Proses tersebut adalah aktiviti utama Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas dalam memastikan tahanan yang telah menjalani hukuman segera dihantar pulang dan ia merupakan pemindahan kali ke-26 telah dilaksanakan untuk tahun ini. 

SITI AISHAH BINTI MD ISA