1,000 jemaah imarahkan Malaysia Berselawat

Foto RTM

PUTRAJAYA, 20 Ogos – Hampir 1,000 jemaah hadir mengimarahkan program Malaysia Berselawat yang diadakan sempena sambutan Maulidurrasul dan Hari Kebangsaan yang berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran di sini pada Rabu malam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majlis menghimpunkan ulama tempatan dan antarabangsa untuk merapatkan ukhuwah serta mewujudkan sinergi dalam kalangan pemimpin agama.
  • Mesej utama menekankan adab, akhlak, kasih sayang dan rahmah dalam kehidupan beragama.
  • Acara meliputi doa khatam Al-Quran, ratib al-hadad, solat Maghrib berjemaah, qasidah al-Burdah, nasyid, munajat dan doa kesejahteraan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata majlis turut menghimpunkan para ulama dalam dan luar negara yang bertujuan merapatkan ukhuwah sesama umat Islam dari seluruh dunia.

“Kita bukan sahaja meraikan ulama dari luar negara dan seluruh dunia tetapi juga meraikan ulama dalam negara termasuk alim ulama, guru-guru pondok dan barisan profesor.

“Kita berpandangan perlu untuk mewujudkan sinergi antara ulama dari luar negara dan ulama tempatan. Namun, mesej utama yang ingin kita ketengahkan adalah tentang adab, akhlak, kasih sayang dan rahmah,” katanya.

Majlis Malaysia Berselawat dimulakan dengan doa khatam Al-Quran, perarakan, bacaan ratib al-hadad dan solat Maghrib secara berjemaah diikuti dengan qasidah al-burdah bersama kumpulan nasyid Soutul Amin serta munajat dan doa kesejahteraan untuk Malaysia dan kemerdekaan Palestin.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.