
SEBERANG PERAI, 18 Mac – Sebanyak 1.5 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang bersempena dengan perayaan Aidilfitri.
- Anggaran itu melibatkan tempoh enam hari, bermula 19 hingga 24 Mac.
- Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail mengumumkan perkara itu dalam sidang media Op Selamat 26 di Plaza Tol Juru.
- Op Selamat 26 dijalankan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026.
- Operasi memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama lalu lintas termasuk penggunaan alat komunikasi, lorong kecemasan, potong di garis berkembar dan potong barisan.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata, jumlah tersebut dianggarkan untuk tempoh enam hari bermula Khamis (esok).
“Pada tahun lepas direkodkan kira-kira 1.35 juta kenderaan memasuki Pulau Pinang. Pada tahun 2024 pula sebanyak 1.2 juta.
“Untuk tahun 2026 ini kita menjangkakan sebanyak 1.5 juta kenderaan akan memasuki dan melalui Pulau Pinang dalam tempoh enam hari. Ia bermula 19 hingga 24 Mac,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Op Selamat 26 Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 di Plaza Tol Juru di sini.
Operasi memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama lalu lintas termasuk menggunakan alat komunikasi semasa memandu, memandu di lorong kecemasan, memotong di garis berkembar dan memotong barisan.