
IPOH, 5 Mei –Seorang wanita warga emas ditemukan maut dipercayai dibunuh dalam kejadian di Taman Desa Aman, Ipoh, malam tadi.
- Pemeriksaan awal menunjukkan kesan kecederaan dipercayai akibat tetakan pada badan, kepala dan leher mangsa.
- Polis turut menemui sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian.
- Seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun ditahan di lokasi bagi membantu siasatan.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, motif masih dalam siasatan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, mangsa berusia 70 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring di sebuah rumah di Persiaran Pegoh Aman 2 sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Jelasnya, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat ditetak pada bahagian badan, kepala dan leher mangsa.
“Polis turut menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
“Menurutnya, seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun turut ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” menurut Asisten Komisioner Muhammad Najib.
Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan,” katanya.