
BUTTERWORTH, 5 Mei – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memiliki 556.5 liter minyak diesel tanpa lesen, pada 29 April lalu.
- Tertuduh Heah Ban How, 44 tahun, namanya disebut ketika pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Roslan Hamid.
- Pertuduhan dibuat mengikut seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961; hukuman boleh denda hingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
- Hakim menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin; kes akan disebut semula pada 11 Jun 2026.
Tertuduh, Heah Ban How, 44 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Roslan Hamid.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki minyak diesel berkenaan dalam tangki yang diubah suai di SS Petroleum Sdn Bhd, Lot 1243, Jalan Besar,Chong Nam Estate Valdor, Sungai Bakap di Seberang Perai Selatan pada April lalu kira-kira pukul 2.00 petang.
Tertuduh didakwa mengikut seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) yang boleh dihukum denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bawah seksyen 22(1) Akta yang sama jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Preya Darshini Sugumaran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 11 Jun 2026.