Tular: Polis cari lelaki sepak kanak-kanak di kedai makan

Tangkap layar video tular

KOTA BHARU, 13 September- Polis membuka kertas siasatan berhubung satu rakaman video tular menunjukkan seorang lelaki menyepak kanak-kanak perempuan di sebuah kedai makan terkenal di Telipot, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis menerima laporan orang awam pada 10.24 malam mengenai video tular di aplikasi Threads.
  • Rakaman menunjukkan seorang lelaki menyepak kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya di sebuah kedai makan.
  • Polis sedang mengesan lelaki dan kanak-kanak perempuan yang terdapat dalam rakaman itu.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Azmir Damiri berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 10.24 malam tadi berhubung video itu yang tular di aplikasi Threads.

“Video menunjukkan seorang lelaki bertindak kasar dengan menyepak kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya di sebuah kedai makan.

“Polis dalam tindakan mengesan lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam rakaman itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Azmir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Inspektor Nur Faraheen Azman Lim menerusi talian 011-11136722.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.