
MUAR, 19 Jun– Seorang warga emas dipenjara 33 tahun dan dikenakan 14 sebatan selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan merogol serta melakukan amang seksual terhadap dua cucu perempuannya.
- Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Khairi Haron.
- Kes didakwa berlaku di sebuah rumah di Parit Raja, Batu Pahat pada Januari dan Disember tahun lalu.
- Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling sepanjang pemenjaraan dan pengawasan polis tiga tahun selepas dibebaskan.
Tertuduh, Arifen Husin, 67, membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Khairi Haron.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Parit Raja, Batu Pahat.
Perbuatan itu dilakukan pada Januari dan Disember tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ameerah Alauddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan.
Dia juga diletakkan bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas dibebaskan.