RCI TH: Bekas Pengerusi TH, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dijangka direman

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan dijangka direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • SPRM akan memohon reman berdasarkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Lembaga TH.
  • Dua suspek lelaki lingkungan 60-an ditahan kira-kira jam 4 petang di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan; sebelum ini CEO perkapalan dan pengarah pembinaan direman lima hari.

Permohonan reman yang akan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan hasil laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga TH.

SPRM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 60-an tersebut ditahan kira-kira 4 petang tadi ketika hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan kedua-dua individu berkenaan.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif perkapalan dan Pengarah Syarikat pembinaan direman selama lima hari berhubung kes sama.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.