Polis tahan lelaki, rampas 248 biji pil ekstasi

LUNDU , 21 Oktober – Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas dadah bernilai RM12, 400 dalam satu serbuan di Kampung Rukam, Lundu, Sarawak, petang semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rampasan 248 pil biru disyaki ekstasi, anggaran berat 100.93 gram, bernilai RM12,400.
  • Seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun ditahan; ujian air kencing awal positif dadah.
  • Suspek direman tujuh hari; kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Lundu, Superintenden Sudirman Kram menerusi kenyataan memaklumkan, rampasan melibatkan 248 biji pil berwarna biru disyaki dadah jenis ekstasi dengan anggaran berat 100.93 gram.

Beliau mendedahkan, semakan terhadap suspek berusia 41 tahun yang ditahan, mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau, namun ujian saringan awal air kencing didapati positif dadah.

Suspek direman tujuh hari hingga 27 Oktober ini bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.