
RANTAU PANJANG, 19 Mei – 290 liter diesel dipercayai cuba diseludup ke Thailand digagalkan Pasukan Gerakan Am (PGA) setelah melakukan serbuan di Kampung Rahmat, Lubok Setol di sini, pada Isnin.
- Op Taring Wawasan Kelantan dilaksanakan oleh Cawangan Risik Batalion 7 PGA Kuantan hasil maklumat awam.
- Pemeriksaan menemui sejumlah diesel yang disimpan dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.
- Semua barang dirampas disita untuk tindakan lanjut dan laporan polis dibuat.
- Rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Cawangan Pasir Mas, nilai dianggarkan RM1,363, disiasat di bawah Seksyen 21.
Serbuan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan itu dijalankan anggota Cawangan Risik Batalion 7 PGA Kuantan hasil maklumat awam kira-kira pukul 6 petang di sebuah rumah tidak berpenghuni di kawasan berkenaan.
Hasil pemeriksaan menemukan sejumlah diesel yang disimpan dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.
Menurut kenyataan, kesemua barang yang dirampas disita untuk tindakan lanjut sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Lubok Setol.
“Rampasan kemudiannya diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Cawangan Pasir Mas bagi tujuan siasatan lanjut,” menurut kenyataan.
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1,363 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
PGA menegaskan rondaan dan pemantauan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi mengekang aktiviti penyeludupan bahan api bersubsidi ke Thailand.