
DUNGUN, 18 Mei– Seorang penyelia pasar raya maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan merempuh tiang jejantas dalam kemalangan di Kilometer 84, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu, berhampiran Kolej Vokasional Dungun, petang tadi.
- Pemandu, Lim Sin Yang, 40, disahkan meninggal di lokasi akibat kecederaan parah pada bahagian badan.
- Kenderaan dipercayai hilang kawalan di selekoh, terbabas ke bahu kiri sebelum merempuh tiang jejantas.
- Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.05 petang itu, pemandu berkenaan, Lim Sin Yang, 40 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.
Nahas dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bandar Paka menuju ke tempat kerjanya di bandar Dungun.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 2.05 petang tadi di kilometer 84, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu bersdekatan Kolej Vokasional Dungun.
Bagaimanapun, sejurus tiba di lokasi kejadian yang merupakan laluan berselekoh, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum merempuh kuat tiang sebuah jejantas di kawasan berkenaan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden (DSP) Jumaidy Bah Chong Weh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung insiden tragis itu.
Jelasnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.