
Jefery Johar, 44, yang berdepan enam pertuduhan, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarifah Hascindie Syed Omar.
- Jefery, 44 tahun, didakwa membakar enam rumah antara pukul 2 hingga 2.30 petang pada 13 Januari.
- Pertuduhan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan boleh dihukum maksimum 20 tahun penjara dan denda.
- Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM10,000 setiap pertuduhan; sebutan semula kes ditetapkan 31 Mac.
Dia didakwa melakukan khianat menggunakan bahan api dengan membakar rumah milik enam penduduk tempatan sekitar 2 hingga 2.30 petang pada 13 Jan lepas mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika disabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Suhaili Abu Bakar tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kes itu tertakluk kepada kesalahan yang tidak boleh dijamin.
”Bagaimanapun, jika mahkamah ingin menggunakan kuasa budi bicara saya mencadangkan jaminan ditetapkan sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan,” katanya.
Jefery, yang tidak diwakili peguam, tidak membuat sebarang rayuan untuk dibenarkan jaminan.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 31 Mac depan.- BERNAMA