
KOTA KINABALU, 12 Oktober – Enam individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi cedera, lima daripadanya parah, dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Bundusan, Penampang, pagi tadi.
- Kejadian dilaporkan kira-kira pukul 6.49 pagi oleh Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah.
- Mangsa termasuk seorang wanita berusia 37 tahun, beberapa kanak-kanak dan seorang bayi perempuan berusia setahun.
- Pasukan bomba beri rawatan awal dan hantar semua mangsa ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans.
- Operasi disertai 10 anggota Balai Bomba Penampang, diketuai PBK I Mohd. Khairul Abdul Kohir; tiba 7.10 pagi dan tamat 7.57 pagi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kejadian kira-kira pukul 6.49 pagi itu membabitkan dua buah kenderaan.
Kemalangan itu melibatkan dua lelaki dalam sebuah kenderaan, manakala empat lagi mangsa berada dalam kenderaan kedua, terdiri daripada seorang wanita berusia 37 tahun, dua kanak-kanak berusia lapan dan lima tahun serta seorang bayi perempuan berusia setahun.
Lima mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah, manakala bayi berkenaan cedera ringan.
Pasukan bomba memberikan rawatan awal kepada semua mangsa sebelum mereka dihantar ke hospital menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan ambulans.
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang terlibat dalam operasi yang diketuai Komander Operasi, PBK I Mohd. Khairul Abdul Kohir.
Pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 7.10 pagi dan operasi tamat pada pukul 7.57 pagi.