
KUCHING, 8 September – Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) memantau rapat perkembangan insiden sebuah helikopter yang terhempas berhampiran Long Lellang, Miri, hari ini.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin, berkata pihak kementerian terus berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan bagi mendapatkan maklumat terkini yang telah disahkan.
Menurut beliau menerusi kenyataan di Facebook, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan operasi serta siasatan.
MOTS turut memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan sekiranya diperlukan.
Lee Kim Shin turut mendoakan agar segala operasi yang sedang dijalankan dapat dilaksanakan dengan lancar.