Maritim Selangor tahan 12 PATI dalam operasi khas di Batu Laut

Foto Maritim Selangor

PELABUHAN KLANG, 13 April – Cubaan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk menyusup masuk ke negara ini melalui jalan laut gagal selepas dikesan pihak berkuasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi bersepadu Op Ehsan dan Op Khas Tanjung 2 di pesisir Batu Laut berjaya melumpuhkan kegiatan.
  • Bot Pengawal 25 tiba jam 2.30 pagi dan menahan 12 individu warga Indonesia serta Myanmar.
  • Tangkapan melibatkan enam lelaki, tiga wanita dan tiga kanak-kanak berumur antara 3 hingga 39 tahun.
  • Tiada dokumen pengenalan diri sah; sebuah kenderaan dipercayai tekong darat dirampas; kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Operasi bersepadu melibatkan Op Ehsan dan Op Khas Tanjung 2 yang dilaksanakan awal pagi semalam berjaya melumpuhkan kegiatan berkenaan di pesisir pantai Batu Laut.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh memaklumkan, tindakan pantas Bot Pengawal 25 ke lokasi pada jam 2.30 pagi membawa kepada penahanan 12 individu warga Indonesia dan Myanmar.

Mereka yang ditahan merangkumi enam lelaki, tiga wanita, serta tiga kanak-kanak berusia antara tiga hingga 39 tahun.

Siasatan mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Selain tangkapan, pihak berkuasa turut merampas sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan tekong darat bagi melancarkan aktiviti penyeludupan manusia tersebut.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.