Lelaki dicekup bersama 13 paket dadah ekstasi

Foto RTM

KLUANG, 10 Jun – Seorang lelaki dicekup polis pagi semalam, bersama 13 paket dadah ekstasi bernilai RM110,000.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek berusia 35 tahun ditahan di Jalan Pasar Simpang Renggam.
  • Mempunyai lapan rekod jenayah dan berkaitan dadah.
  • Saringan awal air kencing menunjukkan suspek positif syabu.
  • Direman sehingga 15 Jun; kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek berusia 35 tahun itu ditahan di Jalan Pasar Simpang Renggam di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, suspek yang mempunyai lapan rekod jenayah dan dadah itu juga positif syabu hasil saringan awal air kencing.

“Suspek kini direman sehingga 15 Jun bagi siasatan.

“Kes disiasat mengikut seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan,” katanya dalam kenyataan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.